UNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN

1.         Nama dan Tempat Urusan

1.1      Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Seksyen Akaun, Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya; selepas ini disebut ‘Kelab’.

1.2      Tempat urusan adalah di Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia, No.9, Kompleks Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya.

2.         Lambang

2.1      Lambang Kelab diperjelaskan seperti berikut:
2.1.1       Huruf ‘A’ – Gred A iaitu yang terbaik. Kedudukan ‘A’ di dalam relung menunjukkan kebajikan ahli Kelab yang dijaga.
2.1.2       Perkataan ‘Akaun’ yang selari dengan nama BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN bermaksud Seksyen Akaun yang sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik demi memantapkan operasi di BPP.
2.1.3       Warna hitam adalah warna kontras yang jelas kelihatan walau diletakkan di mana sahaja bermaksud akauntabiliti dan integriti dalam menjalankan tugas.
2.1.4       Wana biru laut memiliki sifat tenang bermakna tenang dalam pemikiran dan berhati-hati dalam tindakan.

3.         Tujuan-Tujuan dan Maksud-Maksud

3.1      Menjalankan kegiatan-kegiatan sosial, sukan, kebajikan dan ekonomi untuk ahli-ahli.

3.2      Memupuk semangat kerjasama (espirit de corps) di antara ahli-ahli.


3.3      Mendapatkan, meminjam, melabur dan menguruskan sebarang dana untuk mencapai dan memajukan tujuan-tujuan Kelab.

3.4      Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Kelab ini hasil dari mana-mana perniagaan atau aktiviti akan digunakan semata-mata untuk melanjut, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Kelab ini dan tidak sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Kelab. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan kedua-duanya kepada sebarang ahli dengan syarat mereka memberikan perkhidmatan kepada Kelab.

4.         Keahlian

4.1      Semua kakitangan Seksyen Akaun adalah secara automatik dilantik sebagai ahli biasa Kelab ini.

5.         Yuran

5.1      Yuran keahlian adalah seperti berikut:-

Gred
Tetap (RM)
Kontrak/Sambilan (RM)
54
30
NA
52
25
NA
48
15
NA
44
10
NA
41
7
4
36
5
3
32
5
3
27
5
3
26
5
2
22
3
2
17
3
2
14
2
2
11
2
2
1
2
2


6.         Pelantikan, Pemberhentian dan Hak Ahli

6.1      Pelantikan Ahli
6.1.1       Semua kakitangan Seksyen Akaun adalah secara automatik dilantik sebagai ahli  Kelab ini.

6.2      Pemberhentian Ahli
6.2.1       Seseorang ahli yang bertukar keluar dari Seksyen Akaun, Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya adalah secara automatik digugurkan keahliannya.

6.3      Hak Ahli
6.3.1       Semua ahli yang telah membayar semua yuran adalah layak mengundi dalam Mesyuarat Agung dan memegang jawatan dalam Kelab.
6.3.2       Dalam semua Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Jawatankuasa Kelab, semua perkara akan diputuskan dengan undi majoriti. Dalam keadaan undi yang sama, Pengerusi mempunyai undi penentu atau pemutus.
6.3.3       Pelantikan Jawatankuasa Kelab adalah dibuat dengan undi dalam Mesyuarat Agung setahun sekali secara mengangkat tangan kecuali pengundian sulit dikehendaki oleh majoriti yang hadir.
6.3.4       Pengundian oleh proksi adalah tidak dibenarkan.
6.3.5       Pengumuman dibuat oleh Pengerusi bahawa sesuatu usul yang telah diluluskan sebulat suara atau secara majoriti dan fakta ini yang akan dicatatkan dalam Minit Mesyuarat Kelab hendaklah menjadi bukti yang nyata walaupun tanpa keterangan jumlah undi atau peratus undi yang menyokong atau menentang undi.
6.3.6       Ahli-ahli berhak mengetahui akan segala rekod-rekod Kelab setelah diberitahu kepada Setiausaha Kelab dengan bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari lebih awal.
6.3.7       Ahli-ahli berhak menggunakan harta benda dan kemudahan Kelab dengan kebenaran pihak yang bertanggungjawab dengan dikenakan sedikit bayaran sewa sekiranya berkaitan.

7.         Mesyuarat Agung

7.1      Pengelolaan Kelab ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya 2/3 dari jumlah ahli yang boleh mengundi hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum.

7.2      Jika korum tidak mencukupi dalam tempoh setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 14 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan  untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa mengubah undang-undang Kelab dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli-ahli.

7.3      Mesyuarat Agung Tahunan Kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah akhir tahun kewangan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab. Kerja-kerja Mesyuarat Agung adalah:
i)          Menerima Laporan Jawatankuasa Kelab berkenaan kerja-kerja Kelab di dalam tahun yang lalu.
ii)        Menerima laporan Bendahari Dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu.
iii)       Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-kira untuk satu (1) tahun akan datang.
iv)       Menguruskan lain-lain perkara untuk dibentang dalam mesyuarat itu.


7.4      Mesyarat Agung Khas bagi Kelab boleh diadakan; atau
7.4.1     Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kelab.
7.4.2     Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

7.5      Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan daripada tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7.6      Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan ahli-ahli, Resolusi Khas melalui Surat Pekeliling bolehlah dikeluarkan bagi mendapatkan keputusan ahli-ahli. Syarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan ahli-ahli boleh dianggap sebagai telah terima:-
7.6.1       Masalah yang dibangkitkan hendaklah dibuktikan dengan terang di dalam Surat Pekeliling yang dihantar kepada setiap ahli;
7.6.2       Sekurang-kurangnya 2/3 daripada bilangan ahli-ahli mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu; dan
7.6.3       Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui Surat Pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya untuk dicatitkan dalam peringatan mesyuarat dan edaran kepada ahli-ahli.


8.         Jawatankuasa

8.1      Kelab akan ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa yang dinamakan pegawai-pegawai Kelab terdiri seperti berikut:-
8.1.1       Seorang Pengerusi
8.1.2       Seorang Naib Pengerusi
8.1.3       Seorang Setiausaha
8.1.4       Seorang Naib Setiausaha
8.1.5       Seorang Bendahari
8.1.6       Seorang Naib Bendahari
8.1.7       Lapan orang Ahli Jawatankuasa
8.1.8       Seorang wakil bagi setiap unit Seksyen Akaun

8.2      Tanggungjawab  Jawatankuasa adalah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan petubuhan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya. Jawatankuasa hendaklah memberi laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya dia dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

8.3      Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengerusi dengan sendirian atau tidak kurang 5 orang ahli  Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.

8.4      Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka bolehlah Setiausaha menerima kelulusan daripada Jawatankuasa dengan Surat Pekeliling. Syarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah terima:-
8.4.1       Masalah yang dibangkitkan hendaklah dibuktikan dengan terang di dalam Surat Pekeliling yang dihantar kepada setiap ahli Jawatankuasa;
8.4.2       Sekurang-kurangnya 7 daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu; dan
8.4.3       Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui Surat Pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya untuk dicatitkan dalam peringatan mesyuarat.

8.5      Jika seseorang ahli Jawatankuasa dipecat atau meletakkan jawatan, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli lain bagi mengisi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
8.6      Di antara Mesyuarat-Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam undang-undang ini.
8.7      Kecuali perkara-perkara bertentangan atau tidak selepas dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika atau sehingga tidak dirombak keputusan Mesyuarat Agung.

9.         Kewajipan-kewajipan Pegawai

9.1      Pengerusi dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat-mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus.

9.2      Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

9.3      Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja Kelab mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku kewangan. Ia hendaklah hadir dalam mesyuarat dan membuat catitan-catitan.

9.4      Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

9.5      Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua pengurusan kewangan Kelab. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya.

9.6      Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.

9.7      Ahli Jawatankuasa adalah bertanggungjawab untuk merancang, mengurus dan melapor aktiviti dan soal-soal setiap biro masing-masing.

9.8      Wakil Unit hendaklah menjalankan tugas Jawatankuasa Induk apabila diarahkan.

10.         Kewangan

10.1      Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini, wang Kelab boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Kelab termasuk belanja pentadbiran.

10.2      Satu (1) akaun bank dibuka atas nama ‘Kelab Seksyen Akaun BPP’.

10.3      Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Kelab hendaklah ditandatangan oleh dua (2) daripada empat (4) penandatangan yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.

10.4      Tarikh kewangan bermula 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun.

11.         Pemeriksa Kira-kira

11.1      Dua orang atau lebih boleh dilantik di kalangan ahli dalam Mesyuarat Agung sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.

11.2      Juruaudit yang telah dipilih dalam Mesyuarat Agung berhak melantik Juruaudit Gantian (dengan persetujuan Jawatankuasa Kelab) sekiranya salah seorang daripadanya meninggalkan Kelab/ meletak jawatan dalam Kelab.

11.3      Pemeriksaan dan Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Kelab bagi setahun dan membuat  laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Mereka juga harus dikehendaki bila-bila masa oleh yang Dipertua memeriksa kira-kira Kelab dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

12.         Pindaan Undang-undang

12.1      Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung/Resolusi Khas kepada Semua Ahli.

13.         Pembubaran

13.1      Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima jumlah semua ahli.

13.2      Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung

Termaktub:
Undang-Undang Kelab
Kemaskini: (14 April 2011)


DASAR-DASAR PEMBERIAN SAGUHATI,KELAB SEKSYEN AKAUN, BPP

Bil
Perkara
1 – 3 Tahun (RM)
3 – 5 Tahun (RM)
> 5 Tahun (RM)
1.
Bertukar
·         Kementerian
·         Seksyen
·         Bersara

·        50
·        30
·        100

·        70
·        30
·        100

·        100
·        30
·        100

2.
Berkahwin
50

3.
Melahirkan anak pertama di Seksyen Akaun (selepas penubuhan Kelab)

50
4.
Kematian (ibu, bapa, suami, isteri, anak)

100
5.
Hospitalization (penyakit kronik & lebih dari 3 hari)

30
6.
Kemalangan / Bencana Alam

Ditentukan oleh AJK


Tarikh Kemaskini :
(14 April 2011)